|
Q1 : Saya
seorang newbie, adakah ebook ini benar-benar membantu saya
memulakan perniagaan internet?
A1 : Ya!
Ebook ini memberikan panduan langkah demi langkah bermula dari
penghasilan produk hinggalah ke proses terimaan pembayaran.
Q2 : Sebelum
ini saya pernah cuba membina perniagaan internet, tetapi gagal.
Adakah ebook ini akan membantu saya mengelakkan diri dari
menghadapi masalah kegagalan di dalam perniagaan internet.
A2 : Kejayaan
dan kegagalan di dalam sesebuah perniagaan adalah normal.
Kegagalan sesebuah perniagaan internet disebabkan tidak fokus, tersilap melakukan promosi
dan produk yang salah. Ebook ini ada menerangkan
teknik-teknik memilih produk dan melakukan promosi dengan cara yang
betul.
Q3 : Saya
bukan warganegara Malaysia dan tidak mempunyai sebarang akaun
bank di Malaysia. Bagaimana caranya untuk saya beli ebook ini
daripada anda?
A3 : Tiada
masalah! Anda boleh membeli ebook ini dengan menggunakan kad
kredit melalui akaun Paypal. Jika anda belum mempunyai akaun
Paypal, sila buka akaun ini di
www.paypal.com. Proses pendaftaran dan membuka akaun
Paypal hanya mengambil masa 1-3 hari sahaja. Gunakan kad
kredit anda untuk membeli dan anda akan menerima ebook ini
dalam masa 48 jam.
Q4 : Saya
kurang yakin dengan perbankan internet. Adakah ia benar-benar
selamat?
A3 : Saudara/ri,
perbankan internet di Malaysia benar-benar selamat kerana
proses transaksi memerlukan pin keselamatan TAC (maybank) atau
i-Access (bank islam). Pin keselamatan ini perlu diperolehi di
mesin ATM atau "request" untuk dapatkannya secara SMS (anda perlu
daftarkan nombor telefon bimbit di mesin ATM). Sila hubungi
pihak bank untuk keterangan lanjut.
Q5 : Adakah
ebook ini HALAL?
A5 : Ebook
ini merupakan satu bentuk informasi dalam format digital. Ia
sama seperti buku biasa. Malah kandungan ebook ini juga tidak mengajar anda melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang mahupun agama. Oleh itu, ia benar-benar HALAL.
Q6 : Apakah
perisian yang digunakan untuk membaca ebook ini?
A6 : Anda
memerlukan perisian Adobe Reader untuk membuka ebook ini
kerana ia disimpan dalam format .pdf. Untuk mendapatkan
perisian tersebut, sila download di
www.adobe.com.
Q7 : Adakah
ebook ini benar-benar berkualiti dan bukannya SCAM?
A7 : Anda
tidak perlu bimbang. Ebook ini bukan SCAM. Apa yang saya tulis
amat sesuai kepada anda yang baru hendak bergiat di dalam
perniagaan internet. Ebook ini juga ditulis khas untuk mereka
yang pernah gagal dan berputus asa untuk menjadikan perniagaan
internet ini sebagai pendapatan sampingan.
Q8 : Bila
saya boleh dapat ebook ini selepas saya selesai membuat
pembayaran?
A8 : Pertama
sekali, setelah anda membuat pembayaran dan mengisi borang
pengesahan bayaran yang telah disediakan, kami akan semak
terlebih dahulu. Anda akan menerima ebook ini + bonus dalam
tempoh 48 jam.
Q9 : Bolehkah
saya meminta resit sebagai bukti pembelian saya?
A9 : Maaf!
Tiada resit diberikan tetapi saya akan menghantar email
pengesahan pembayaran beserta produk kepada anda. Email
tersebut boleh dijadikan sebagai bukti pembelian anda.
Q10 : Saya
kurang faham mengenai Jaminan Wang Dikembalikan yang diberikan
oleh anda. Boleh tolong jelaskan?
A10 : Jaminan
Wang Dikembalikan yang diberikan kepada anda mempunyai
syarat iaitu anda perlu melakukan langkah-langkah dan teknik
yang dinyatakan di dalam ebook tersebut selama 90 hari dari
tarikh pembayaran. Sekiranya anda gagal membuat sebarang
jualan di internet, anda boleh meminta kembali wang anda
dengan memaklumkan kepada saya. Saya akan bayar harga penuh
tanpa sebarang soal.
Q11 : Bagaimana caranya saya hendak meminta kembali wang tersebut?
A11 : Mudah
sahaja! Maklumkan kepada saya melalui borang pertanyaan bahawa
anda mahu menuntut Jaminan Wang Dikembalikan. Sila sertakan
sekali "email pengesahan bayaran yang mengandungi link
download" dan "bukti kerja anda" selama 90 hari seperti
website, iklan, url dan produk. Jelaskan apa yang telah anda
lakukan sepanjang tempoh 90 hari tersebut. Saya tidak akan
melayan atau membalas email yang tidak mempunyai "email
pengesahan" dan "bukti kerja".
Q12 : Apa
yang dimaksudkan dengan Kod Diskaun pada borang pengesahan
bayaran? Bagaimana caranya untuk saya dapatkan Kod Diskaun
tersebut?
A12 : Kod
Diskaun membolehkan anda membeli ebook "Rahsia Jutawan Resell
Rights Terbongkar" dengan harga diskaun. Kod diskaun ini hanya
diberikan kepada "subcribers" saya sepanjang tempoh "promosi
diskaun" sebelum pelancaran ebook ini dilakukan. Saya juga
akan memberikan Kod Diskaun ini pada waktu-waktu tertentu dan
bila-bila yang saya rasakan perlu.
Q13 : Bolehkah saya berjumpa dengan anda untuk membeli ebook ini?
A13 : Tidak!
Perniagaan internet merupakan urusniaga yang dilakukan secara
dalam talian dan maya. Untuk membeli ebook ini, anda hanya
boleh lakukan dengan beberapa kaedah bayaran yang telah saya
tawarkan.
Q14 : Adakah
ebook ini di datangkan dengan Hak Jual Semula? Bolehkah saya
menjual ebook ini kepada orang lain?
A14 : Ebook
ini tidak di datangkan dengan Hak Jual Semula. Ia adalah untuk
kegunaan persendirian sahaja (personal use). Anda dilarang
untuk mengedar, menyebar, mencetak atau menjual sama ada
melalui internet atau tradisional. Tiada seorang pengedar
dilantik. Malah, saya melarang sama sekali ebook ini dijual di
laman web lelongan seperti lelong.com.my dan ebay.com.
Q15 : Jika
saya mempunyai sebarang soalan lain, bagaimana saya hendak
menghubungi anda?
A15 : Sila
gunakan borang pertanyaan yang telah saya sediakan.
 |